Kediaman mewah Bashar di Syria diserbu - Utusan Malaysia

Kediaman mewah Bashar di Syria diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Kediaman mewah Presiden Syria, Bashar al-Assad yang digulingkan di ibu negara diserbu oleh rakyat tempatan selepas beliau melarikan diri ke Russia.

Rakaman foto menunjukkan kediaman Bashar di Istana Tishrin, di al-Muhajirin bersepah, kabinet dan rak buku kosong, lukisan serta barangan peribadi berselerakan di lantai.

Sebuah gambar lain menunjukkan seorang lelaki mengambil lampu, manakala individu lain berada di ruang tamu.

Sekelompok yang lain pula sempat beraksi di depan kamera sambil melemparkan senyuman di kediaman berkenaan.

Sejak 50 tahun lalu, keluarga Assad memerintah Syria dengan kuku besi dan kerap mengerahkan anggota keselamatan untuk menghalang peserta protes.

Bashar mengambil alih pentadbiran negara pada 2000, selepas kematian ayahnya, Hafez Al Assad yang juga dikenali dengan pemerintahan zalim dan menindas rakyatnya.

Tindakan itu kemudian diwarisi oleh Bashar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya