KDA FC nafi tarik diri

KDA FC nafi tarik diri

KEDAH Darul Aman FC -IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kelab bolasepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menafikan pihaknya bakal menarik diri daripada saingan Liga Super, musim depan.

KDA FC dalam kenyataan di laman Facebook rasmi memaklumkan, pihaknya tidak pernah menghantar surat mengenai hasrat itu dan kononnya mahu beralih ke saingan Liga A1 Semi Pro.

“Pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.

“Semua pihak, termasuk media atau pihak wartawan agar lebih sensitif dalam memberi kenyataan supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi yang tidak baik kepada kelab,” katanya di sini, hari ini.

Menurut laporan sebuah portal semalam, Sri Pahang FC dan KDA FC dikatakan sudah pun membuat permohonan untuk meninggalkan Liga Super pada musim depan.

KDA FC dilaporkan merancang untuk bersaing dalam saingan separuh profesional negara iaitu Liga A1 Semi Pro di bawah kendalian Amateur Football League (AFL) manakala Sri Pahang belum dapat dipastikan status penyertaannya di mana-mana liga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya