Japan Airlines alami serangan siber - Utusan Malaysia

Japan Airlines alami serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Syarikat penerbangan utama Jepun, Japan Airlines (JAL), melaporkan serangan siber yang menyebabkan gangguan kepada beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa. 

Berdasarkan kenyataan rasmi, JAL memaklumkan serangan tersebut bermula pada pukul 7.24 pagi (waktu tempatan) pada Khamis dan menjejaskan sistem dalaman serta luaran syarikat.

Bagi mengatasi masalah tersebut, syarikat terpaksa menutup sementara penghala (router) yang dikenal pasti sebagai punca kerosakan sistem. 

Selain itu, penjualan tiket untuk penerbangan yang dijadualkan berlepas pada Khamis turut digantung sementara.

Bagaimanapun, ANA Holdings, syarikat penerbangan utama kedua Jepun, memaklumkan sistem mereka tidak menunjukkan sebarang tanda serangan siber, menurut jurucakap syarikat tersebut.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas American Airlines terpaksa menghentikan sementara semua penerbangan selama sejam pada malam Krismas, akibat masalah teknikal berkaitan perkakasan rangkaian yang mengganggu perjalanan ribuan penumpang.

Saham syarikat penerbangan tersebut jatuh sehingga 2.5 peratus dalam dagangan pagi, selepas berita mengenai serangan tersebut tersebar.

JAL sedang berusaha memulihkan sepenuhnya sistem mereka dan meminta maaf kepada penumpang atas segala kesulitan yang berlaku. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya