Israel langgar syarat gencatan senjata, lancar serangan di Lubnan

Israel langgar syarat gencatan senjata, lancar serangan udara di Lubnan

PASUKAN penyelamat memantau lokasi serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di perkampungan Baalshmay di pergunungan Lubnan, timur Beirut.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Sabtu, selepas mendakwa aktiviti Hezbollah ‘mengancam keselamatan’ negara itu, beberapa hari selepas gencatan senjata dicapai antara kedua-dua pihak.

Menurut tentera Israel, serangan turut disasarkan ke atas ‘infrastruktur ketenteraan’ di sempadan Syria-Lubnan yang didakwa digunakan Hizbollah untuk menyeludup senjata yang melanggar perjanjian gencatan senjata.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini mengumumkan kesediaan menerima gencatan senjata selepas lebih setahun bertempur dengan Hezbollah, namun menegaskan Israel akan mengekalkan ‘kebebasan tindakan ketenteraan sepenuhnya’ jika perjanjian dilanggar.

Dalam kenyataan semalam, tentera Israel memaklumkan empat serangan dilancarkan ke atas kemudahan, senjata dan kenderaan milik Hezbollah di Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun antara tiga mangsa yang cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah kereta di Majdal Zoun.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) mendakwa terdapat ‘pelanggaran berterusan’ oleh Israel terhadap gencatan senjata termasuk kejadian sebuah kereta kebal Israel menghancurkan beberapa kenderaan serta mengepung keluarga yang kemudian diselamatkan Palang Merah Antarabangsa.

Sementara itu, tentera Israel menyatakan serangan turut dilancarkan ke atas lokasi infrastruktur ketenteraan berhampiran lintasan sempadan Syria-Lubnan yang didakwa digunakan Hezbollah untuk menyeludup senjata selepas gencatan senjata berkuat kuasa.

Perjanjian gencatan senjata, yang bertujuan menamatkan konflik rentas sempadan selama lebih setahun serta perang habis-habisan selama dua bulan, mula dilaksanakan pada Rabu lalu.

Di bawah perjanjian itu, tentera Lubnan dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan ditempatkan di selatan Lubnan, manakala tentera Israel perlu berundur dalam tempoh 60 hari.

Konflik semakin memuncak sejak September lalu, apabila Israel meningkatkan kempen ketenteraan di selatan Lubnan selepas hampir setahun pertempuran rentas sempadan yang dimulakan Hezbollah sebagai tanda sokongan kepada Hamas susulan serangan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Sebagai tindak balas, kempen ketenteraan Israel di Gaza telah meragut 44,382 nyawa, berdasarkan angka oleh Kementerian Kesihatan Gaza. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya