India mengamuk, belasah Malaysia 5-0

India mengamuk, belasah Malaysia 5-0

ANTARA aksi pasukan hoki remaja wanita kebangsaan menentang India pada perlawanan kedua kumpulan A Piala Remaja Asia Wanita 2024 di Stadium Hoki Oman, Muscat, hari ini. - IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja wanita kebangsaan menjadi mangsa amukan juara bertahan, India setelah dibelasah 5-0 pada aksi kedua kumpulan A Piala Remaja Asia Wanita 2024, di Muscat, Oman, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman itu, Young Tigress bermula baik pada babak pertama  apabila kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan.

Separuh masa kedua menyaksikan India mengubah percaturan permainan mereka apabila menyempurnakan pukulan penalti sudut menerusi Vaishnavi Vitthal Phalke pada minit ke-32.

Selang lima minit kemudian, Young Tigress menerima serangan bertubi-tubi apabila pasukan No. 8 dunia itu meledak tiga jaringan berturut-turut menerusi Siwach Kanika dan dua gol dari Deepika.

Deepika berjaya meledak hatriknya menerusi penalti pukulan sudut pada minit ke-48 dan keputusan kekal 5-0 sehingga wisel penamat.

Terdahulu, Malaysia membuka kempen Piala Remaja Asia Wanita 2024 dengan bergaya apabila membenam Thailand 3-0 pada Sabtu.

Pasukan bimbingan Lailin Abu Hassan seterusnya dijadualkan akan menentang Bangladesh pada aksi ketiga kumpulan A, Rabu ini pada pukul 8.45 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya