India lebur impian Young Tigers

India lebur impian Young Tigers

ANTARA aksi skuad hoki remaja kebangsaan menentang India pada perlawanan separuh akhir Piala Remaja Asia 2024 di Stadium Hoki Oman, Muscat, hari ini. - IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pasukan hoki remaja kebangsaan untuk beraksi di perlawanan akhir Piala Remaja Asia 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada India 3-1, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat, pasukan No. 2 dunia itu bermula garang apabila membuka jaringan menerusi gol padang Dilraj Singh pada minit ke-10.

Young Tigers yang berusaha keras untuk menyamakan kedudukan, gagal menembusi benteng pertahanan India sehingga keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan India meneruskan  rentak permainannya selepas Rohit dan Sharda Nand Tiwari menyempurnakan pukulan penalti sudut pada minit ke-45 dan 53.

Bagaimanapun, Young Tigers berjaya menyumbat gol sagu hati menerusi penalti strok oleh Azimuddin Syakir Kamaruddin pada minit ke-57.

Perjuangan skuad bimbingan I. Vikneswaran itu masih belum berakhir apabila bakal bertemu dengan Jepun pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, malam ini.

Malaysia dijadualkan bertemu Jepun di stadium berkenaan pada pukul 8.30 malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya