Iceland laksana pilihan raya selepas kerajaan bubar

Iceland laksana pilihan raya selepas kerajaan bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Penduduk Iceland mengundi bagi memilih ahli Parlimen baharu selepas perbezaan pendapat mengenai dasar imigresen, tenaga, dan ekonomi yang memaksa Perdana Menteri, Bjarni Benediktsson membubarkan Kerajaan dan mengadakan pilihan raya awal.

Semua pusat mengundi berjaya dibuka walaupun berdepan cuaca buruk di negara subartik yang menyebabkan jalan raya di banyak kawasan terhalang akibat salji. 

Pilihan raya itu merupakan pilihan raya kali keenam Iceland sejak krisis kewangan 2008 yang meruntuhkan ekonomi negara kepulauan itu dan membuka era ketidakstabilan politik.

Kajian pendapat menunjukkan negara itu mungkin berdepan dengan ketegangan politik sekali lagi, dengan sokongan terhadap tiga parti pemerintah merosot. 

Benediktsson, yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada April lalu, selepas pengunduran pendahulunya, menghadapi kesukaran untuk mengekalkan koalisi yang tidak dijangka antara Parti Kemerdekaan konservatif, Parti Progresif dari pusat, dan Gerakan Kiri-Hijau.

Iceland, sebuah negara dengan kira-kira 400,000 penduduk, bangga dengan tradisi demokrasinya kerana merupakan demokrasi Parlimen tertua di dunia. 

Parlimennya, Althingi, ditubuhkan pada tahun 930 oleh orang Norse yang pertama kali mendiami negara itu.

Pengundi memilih 63 anggota Althingi dalam pilihan raya yang akan mengagihkan kerusi melalui kawasan pilihan raya dan perwakilan berkadar dan perlu mendapat sekurang-kurangnya lima peratus undi untuk memenangi kerusi di Parlimen. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya