Harimau Malaya tempang jumpa Thailand di Bangkok

Harimau Malaya tempang jumpa Thailand di Bangkok

PEMAIN-Pemain Harimau Malaya perlu memberi segalanya dalam perlawanan ketiga Piala ASEAN 2024 berdepan Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya akan berdepan Thailand dalam perlawanan ketiga Piala ASEAN 2024 di Stadium Rajamangala hari ini dengan skuad ‘tempang’ apabila kehilangan enam pemain.

Skuad kebangsaan berdepan situasi itu selepas dua pemain mengalami kecederaan selain empat lagi pemain dipanggil kembali ke pangkuan kelab bagi mengharungi aksi Liga Malaysia.

Syafiq Ahmad dan Fergus Tierney hampir pasti tidak akan beraksi berdepan Thailand kerana ditimpa kecederaan ketika bermandi peluh menumpaskan Timor Leste 3-2, Rabu lalu.

Manakala empat lagi pemain lagi iaitu Stuart Wilkin, Daniel Ting, Dominic Tan dan Darren Lok dipanggil pulang ke pangkuan Sabah FC bagi mengharungi aksi Piala Malaysia.

Sabah memanggil kembali pemain kerana akan berdepan Kuching City FC di suku akhir pertama Piala Malaysia pada Ahad ini yang juga perlawanan ‘derby Borneo’.

Bagaimanapun, pemain tengah negara, Danial Amier Norhisham, kekal yakin dengan kebolehan skuad yang ada untuk tampil dengan semangat juang yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin bagi membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Justeru, pemain berusia 27 tahun itu menyeru rakan-rakan yang lain untuk berikan aksi sepenuh jiwa di dalam padang dan berjuang bersama demi kejayaan pasukan.

“Jangkaan saya sendiri, macam yang saya cakap tadi, pemain-pemain kena perlu beri yang terbaik secara individu masing-masing.

“Kita kena tahu dan kita berdepan dengan sebuah pasukan yang kita tahu yang lebih baik (dari Malaysia). Tak ada apa yang mustahil dalam bola sepak sama macam Timor Leste (beri tentangan sengit). Kita kena bagi 100 peratus untuk perlawanan akan datang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN