Hannah kutuk insiden kekecohan di stesen LRT

Hannah kutuk insiden kekecohan di stesen LRT

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk perbuatan segelintir penyokong bola sepak yang mencetuskan kekecohan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat lalu.

Hannah berkata kemudahan yang disediakan Prasarana sewajarnya digunakan malah dijaga dengan baik dan ia tidak boleh dirosakkan dengan sewenang-wenangnya.

“Jadi kalau mereka lihat …ini aset Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) tak payah jaga, sangat mengarut. Saya berharap tak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku.

“Kemudahan Prasarana selalunya mereka panjangkan masa perkhidmatan untuk menyenangkan penyokong bola sepak, jadi kita kena balas dengan adab,” katanya.

Terdahulu Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian gaduh yang dipercayai melibatkan sekumpulan penyokong bola sepak di Balai Polis Sungai Besi.

Insiden yang berlaku pada 12 tengah malam itu dilaporkan telah mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen termasuk bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform berkenaan namun tiada kecederaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian tersebut melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah dan menendang pintu tren sehingga menyebabkan kerosakan.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya