Hannah balas isu Zii Jia pakai bendera terbalik

Hannah balas isu Zii Jia pakai bendera terbalik

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) ketika menghadiri majlis penutup Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal merangka kod baharu berhubung etika pemakaian atlet termasuk penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kod itu diwujudkan bagi memastikan penggunaan yang membabitkan Jalur Gemilang tidak akan berulang seperti yang terjadi kepada pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, semalam.

“Setakat ini kita tiada ada tatatertib atau kod yang kita boleh guna pakai, namun kita lihat dan saya akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk lihat apa yang kita boleh lakukan lagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” kata Hannah kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Simposium Sukan Selamat Antarabangsa di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan aksi pembukaan Zii Jia pada Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 semalam mencetuskan kontroversi apabila beliau memakai jersi yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik.

Ketika itu, beliau sedang menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen dan Jalur Gemilang itu jelas terbalik dalam siaran langsung di televisyen.

Susulan daripada insiden itu, penaja Zii Jia, Viktor Malaysia mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan kejadian itu tidak akan berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya