Hafiz, Gillian juarai Cabaran Gen Z B-25

Hafiz, Gillian juarai Cabaran Gen Z B-25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling negara, Hafiz Zainuddin dan Gillian Lim menutupi kempen mereka pada tahun ini dengan cemerlang selepas masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita dalam Cabaran Gen Z Bawah 25 (B-25) Kejohanan Boling Remaja Antarabangsa All Stars, semalam.

Hafiz menepati ramalan bergelar juara selepas mengumpul 2,326 jatuhan pin dalam 10 perlawanan di Sunway Mega Lanes sekali gus membawa pulang hadiah utama RM8,000.

Atlet Korea Selatan, Cha Seung Been menduduki tempat kedua dengan 2,302 jatuhan pin menewaskan Marc Custodio dari Filipina dengan perbezaan satu jatuhan pin.

Terdahulu, Hafiz menjuarai Terbuka Malaysia pada Mei lalu dan memenangi lima pingat termasuk emas dalam acara trio di Kejohanan Asia pada September lalu.

“Apa yang saya boleh katakana kejohanan ini agak tertekan. Bukan nak kata tertekan di final tetapi di peringkat kelayakan pun agak tinggi skor (pencabar lain) tetapi saya fikir kena buat yang terbaik.

“Alhamdulillah, di final saya kekalkan persembahan dan lakukan yang terbaik. Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dengan perkembangan kerjaya saya setakat ini.

“Saya mahu terus memperbaiki prestasi tahun depan dan bersaing merebut tempat ke Sukan SEA dan Kejohanan Dunia,” kata Hafiz.

Sementara itu, Gillian muncul juara selepas menjatuhkan 2,315 pin untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala rakan senegaranya, Anis Hannani Romzi di tempat kedua dengan 2,309 jatuhan pin dan ketiga milik Adania Redzwan mencatatkan 2,218 jatuhan pin.

“Kami punya junior semakin hampir (dapat menandingi), mereka memberikan tentangan sengit kepada saya walaupun lorong sukar namun ia aksi yang bagus,” kata Gillian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya