Gunung Semeru meletus lagi - Utusan Malaysia

Gunung Semeru meletus lagi

GUNUNG Semeru meletus sekali lagi sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMAJANG : Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur kembali meletus hari ini, dengan empat letusan direkodkan antara pukul 12 tengah malam hingga 9 pagi waktu tempatan.

Pos Pemantauan Gunung Berapi Semeru (PPGA) melaporkan letusan pertama berlaku pada pukul 4.58 pagi dengan asap bersaiz sederhana setinggi 600 meter ke arah utara, manakala letusan kedua pada pukul 5.27 pagi menghasilkan tiang abu setinggi 1,100 meter, juga menghala ke arah utara.

Letusan ketiga berlaku pada pukul 6.19 pagi dengan tiang abu mencecah 1,000 meter.

Letusan ini dirakam oleh seismograf dengan amplitud 22 milimeter dan tempoh 128 saat.

Letusan terakhir pada pukul 8.34 pagi tidak dapat dilihat secara visual kerana puncak gunung itu diselubungi kabus, tetapi peralatan pengesan merekodkan amplitud dan tempoh yang sama iaitu 127 saat.

“Letusan Gunung Semeru berlaku pada Khamis, 26 Disember, pukul 5.27 pagi dengan tiang abu setinggi 1,100 meter di atas puncak,” kata pegawai PPGA Semeru, Liswanto, dalam kenyataan.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Lumajang, 64 letusan dan satu awan panas direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD, Yudhi Cahyono berkata, letusan itu masih dalam kategori normal dengan status Gunung Semeru kekal pada tahap II atau berjaga-jaga.

Beliau menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam jarak 8 kilometer dari puncak.

Selain itu, orang awam dilarang berada dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan kerana berisiko terperangkap awan panas dan aliran lahar yang boleh mencecah 13 kilometer dari puncak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya