Guar Syed Alwi FC juara Liga Amatur A2

Guar Syed Alwi FC juara Liga Amatur A2

PEMAIN Guar Syed Alwi FC meraikan kejayaan mereka selepas menjuarai Liga Amatur A2 di Stadium UiTM Shah Alam, semalam. - Ihsan AFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guar Syed Alwi FC muncul juara Liga Amatur A2 apabila menundukkan Kelantan WTS FC 4-2 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi final di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.

Kelantan WTS FC yang dibimbing Che Saupi Ibrahim terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-18 menerusi Fakhrul Zaman sebelum lawan dihadiahkan penalti dan disempurnakan oleh Faizal Kadir pada minit ke-32.

Kesilapan pemain Guar Syed Alwi FC, Arif Nadzman menjaringkan gol sendiri pada minit ke-73 meletakkan Kelantan WTS FC kembali berada di depan.

Bagaimanapun Guar Syed FC berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum permainan tamat sekali gus mengheret ke penentuan penalti.

Kegagalan dua pemain Kelantan WTS FC iaitu Mohamad Shafiq Al-Hafiz Dawawi dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyempurnakan penalti membolehkan Guar Syed FC mengesahkan kejuaraan menjadi milik mereka pada musim ini.

“Bola sepak memang kadang-kadang sangat kejam. Pasukan gagal menunjukkan kemampuan sebenar mereka malam ini (semalam).

“Dalam bola sepak, tidak ada yang pasti, dan ini adalah peringatan yang sangat berharga untuk kami,” kata Che Saupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya