Gempa bumi kuat ragut 14 Nyawa di Vanuatu - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat ragut 14 Nyawa di Vanuatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT VILA: Pasukan penyelamat kini giat menggali runtuhan bangunan di Vanuatu untuk mencari mangsa yang terselamat selepas gempa bumi kuat melanda ibu negara, Port Vila, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban.

Penduduk tempatan, Michael Thompson memaklumkan kepada AFP melalui telefon satelit mengenai mangsa yang terperangkap dapat didengar memanggil dari bawah runtuhan sebuah kedai tiga tingkat di bandar itu.

“Kami berjaya mengeluarkan tiga orang, tetapi malangnya, seorang daripada mereka meninggal dunia,” katanya.

Seramai 80 individu termasuk anggota polis, pasukan perubatan, penyelamat terlatih dan sukarelawan menggunakan pelbagai peralatan seperti penggali, pemecah konkrit dan gergaji untuk mencari mangsa yang terselamat.

Gempa berukuran 7.3 skala Richter itu berlaku pada pukul 12.47 tengah hari (waktu tempatan) pada Selasa, melanda pulau utama Vanuatu.

Gegaran itu mengakibatkan bangunan runtuh, tembok dan tingkap pecah, jambatan roboh, serta tanah runtuh di negara kepulauan yang berpopulasi 320,000 orang.

Beberapa gegaran susulan turut dirasakan di kawasan yang terletak di Lingkaran Api Pasifik itu.

Australia dan New Zealand telah mengumumkan rancangan untuk menghantar pasukan perubatan dan penyelamat bagi memberikan bantuan kecemasan.

Vanuatu, menurut laporan tahunan World Risk Report, adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi, ribut, banjir, dan tsunami.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya