SYDNEY: Gempa bumi berukuran 7.3 skala Richter melanda luar pantai negara pulau Pasifik Vanuatu, sehingga mencetuskan risiko gelombang tsunami, hari ini.
Kajian Geologi Amerika Syarikat merekodkan gegaran pada kedalaman 43 kilometer dan terletak hanya 30 kilometer ke barat ibu kota Vanuatu, Port Vila.
“Gelombang tsunami diramalkan sehingga satu meter di sepanjang bahagian pantai Vanuatu.
“Gelombang tsunami kurang 30 sentimeter di atas paras pasang surut diramalkan untuk negara kepulauan Pasifik termasuk Fiji, Kiribati, Kaledonia, Kepulauan Solomon dan Tuvalu,” katanya. -AFP