Gelombang kedua hujan lebat landa selatan Thailand, esok

Gelombang kedua hujan lebat dijangka landa selatan Thailand, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK : Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat akan melanda beberapa kawasan di wilayah selatan Thailand, bermula esok hingga 16 Disember depan. 

Kawasan yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Yala, Pattani dan Narathiwat.

Susulan itu, Pusat Operasi Bencana untuk Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh mengeluarkan amaran kepada penduduk di wilayah selatan Thailand agar bersiap sedia menghadapi hujan lebat baharu susulan banjir besar yang melanda kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai merangkap Pengarah Pusat Operasi itu, mengarahkan lebih 4,000 pegawai terlibat dalam operasi mitigasi banjir di wilayah selatan untuk membuat persediaan menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk di sesetengah kawasan. 

Arahan tersebut disampaikan oleh Timbalan Jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Sasikarn Wattanachan.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan Diraja, Det Lekwichai, memaklumkan pihaknya bersedia memasang sebanyak 500 pam air di kawasan berisiko banjir, khususnya di daerah Cha-uat dan Hua Sai, wilayah Nakhon Si Thammarat. 

Pejabat pengairan tempatan turut diarahkan memantau situasi air secara berterusan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), Phatsakorn Bunyalak, banjir besar yang berlaku sejak 22 November sehingga Isnin lalu, menenggelamkan 664,173 kediaman di 87 daerah merentasi sepuluh wilayah, dengan 31 kematian dicatatkan.

DDPM telah menggerakkan pelbagai peralatan untuk mempercepatkan aliran keluar air banjir dan menyediakan helikopter penyelamat yang sentiasa bersiap sedia. 

Pasukan khas ‘Guardian Team’ turut dihantar untuk membantu penduduk yang terjejas. 

Selain itu, pejabat DDPM tempatan diarahkan menilai kerosakan harta benda dan merancang pemberian pampasan kewangan kepada mangsa terjejas. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya