Empat lelaki ditahan bergaduh di tempat awam

Empat lelaki ditahan bergaduh di tempat awam

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Gara-gara bergaduh di laluan pejalan kaki berhampiran Sungai Segget, Jalan Wong Ah Fook, di sini, empat lelaki ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan seorang suspek dalam keadaan mabuk ketika mula bertengkar dengan tiga individu lain.

“Pertengkaran berkenaan kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan fizikal yang menyebabkan dua daripada mereka mengalami kecederaan.

“Walau bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis yang sedang menjalankan rondaan berjaya menahan empat suspek berkenaan selain turut merampas sebilah pisau sepanjang 39.5 sentimeter (cm) di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, semakan rekod mendapati kesemua suspek yang berusia antara 35 hingga 46 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Semua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan Seksyen 160 kanun sama, iaitu bergaduh di tempat awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya