Elon Musk, SpaceX disiasat atas isu keselamatan negara

Elon Musk, SpaceX disiasat atas isu keselamatan negara

ELON Musk membuat keputusan memindahkan pejabat SpaceX dari California ke Texas hanya kerana undang-undang berkaitan LGBT. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bilionair, Elon Musk dan syarikat angkasa lepas miliknya, SpaceX, kini berdepan tiga siasatan Persekutuan berkaitan pematuhan terhadap peraturan pelaporan keselamatan negara, lapor The New York Times. 

Menurut laporan itu, siasatan tersebut dimulakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Pejabat Ketua Inspektor Jabatan Pertahanan (DoD) dan Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Perisikan dan Keselamatan. 

Laporan tersebut memetik maklumat daripada lapan individu yang mempunyai pengetahuan tentang operasi SpaceX serta dokumen dalaman syarikat itu.

“Elon Musk dan SpaceX berulang kali gagal mematuhi protokol pelaporan Persekutuan yang bertujuan melindungi rahsia negara, termasuk tidak mendedahkan butiran mesyuarat beliau dengan pemimpin asing,” menurut laporan berkenaan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pengendalian keselamatan SpaceX oleh Musk dipersoalkan oleh Pentagon. 

Pada 2018, Musk pernah menghisap ganja secara langsung dalam rancangan bersama pelawak, Joe Rogan yang turut mencetuskan semakan ke atas kelayakan keselamatannya. 

Laporan terkini mendakwa Tentera Udara AS, baru-baru ini, menolak permohonan akses keselamatan peringkat tinggi oleh Musk atas risiko keselamatan yang berpotensi. 

Malah, sekutu-sekutu AS seperti Israel turut menyuarakan kebimbangan pemilik SpaceX itu mungkin berkongsi data sensitif.

Sehingga kini, Musk belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

SpaceX, yang terkenal dengan kejayaan misi angkasa lepasnya, kini menghadapi tekanan besar untuk membuktikan ia mematuhi sepenuhnya protokol keselamatan bagi memastikan rahsia negara tidak terdedah kepada ancaman luar. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya