JEMBER : Dua remaja yang masih bersekolah ditangkap ketika melakukan aksi ‘sumbang’ di kawasan Kubur Cina, Jember, Jawa Timur, baru-baru ini.
Kejadian itu menjadi bualan ramai selepas rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat tersebar di media sosial, memaparkan perbuatan tidak bermoral kedua-dua remaja berkenaan di tanah perkuburan yang terletak di Jalan Teratai, Kampung Kaliwates, Jember.
Difahamkan, ketika kejadian yang berlaku pada waktu petang, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sedang membuka seluarnya, sebelum dikejutkan oleh penduduk setempat.
Remaja perempuan pula bagaimanapun sempat melarikan diri, manakala lelaki tersebut berjaya ditahan oleh penduduk.
Menurut penjaga kubur di kawasan itu, Hermanto, lokasi itu sering disalahgunakan oleh pelajar sebagai tempat untuk mereka melampiaskan nafsu.
Katanya, pihaknya berulang kali melarang perbuatan tersebut, namun kawasan itu tetap menjadi pilihan kerana suasananya yang tenang dan kurang pemantauan.
“Mereka biasanya datang secara sembunyi-sembunyi, terutamanya selepas waktu sekolah atau tengah hari. Jarang sekali berlaku pada waktu malam kerana mereka takut,” ujarnya lagi.
Hermanto turut berharap agar rondaan pihak berkuasa dapat diadakan semula di kawasan tersebut.
“Dulu ada rondaan oleh pihak berkuasa, tetapi terhenti sejak beberapa bulan lalu.
“Apabila tiada rondaan, kes seperti ini kembali meningkat. Diharapkan rondaan akan disambung demi memastikan kawasan ini bebas daripada aktiviti tidak bermoral,” tambahnya. -AGENSI