Dua murid di California cedera ditembak, suspek bunuh diri sendiri

Dua murid di California cedera ditembak, suspek bunuh diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OROVILLE: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di California, sebelum menembak mati dirinya sendiri, pada Rabu.

Pejabat Syerif Daerah Butte berkata, insiden berlaku di Feather River School of Seventh-Day Adventists di Oroville, California, terletak kira-kira 89 kilometer di utara Sacramento.

Jurucakap Pejabat Syerif, Megan McMann berkata, pegawai bertindak balas dengan cepat selepas menerima laporan mengenai seorang lelaki dewasa yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelajar di kawasan sekolah.

Ketika anggota polis tiba, lelaki itu ditemukan mati dengan kelihatan luka daripada senjata yang dilakukan sendiri.

“Seramai dua pelajar mengalami kecederaan akibat terkena tembakan dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan,” kata McMann.

Setakat ini, katanya, motif serangan belum diketahui dan lelaki bersenjata itu belum dikenal pasti identitinya.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan anggota polis berusaha mengenal pasti sama ada suspek mempunyai kaitan dengan sekolah itu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya