Dua dukun ditahan cuba 'sihir' Presiden Zambia - Utusan Malaysia

Dua dukun ditahan cuba ‘sihir’ Presiden Zambia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAKA : Polis Zambia menahan dua lelaki yang disyaki pengamal ilmu hitam kerana didakwa cuba menyihir Presiden Zambia, Hakainde Hichilema.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, kedua-dua suspek yang ditahan ialah Jasten Mabulese Candunde, 42, seorang warga Mozambique, dan Leonard Phiri, 43, seorang ketua kampung dari Zambia.
Kedua-duanya diberkas di ibu negara, Lusaka, semalam.

“Suspek didapati memiliki pelbagai jenis tangkal dan azimat, termasuk seekor bunglon hidup dan dipercayai terlibat dalam aktiviti ilmu hitam.

“Mereka dipercayai menggunakan azimat tersebut dengan niat mencederakan Presiden,” kata jurucakap polis.

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut dikatakan menerima bayaran daripada seorang ahli Parlimen pembangkang yang mahu mereka melakukan sihir ke atas Presiden.

Tindakan itu susulan ahli Parlimen tersebut berdepan pertuduhan yang didakwa atas kesalahan rompakan, cubaan membunuh dan melarikan diri daripada tahanan.

Suspek kini berdepan tuduhan berkaitan kekejaman terhadap haiwan dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya