Djokovic intai lebih kejuaraan musim 2025

Djokovic intai lebih kejuaraan musim 2025

NOVAK DJOKOVIC - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Novak Djokovic melaungkan keyakinannya untuk memenangi Grand Slam bermula dengan Terbuka Australia apabila pemain Serbia itu sudah memulakan usahanya untuk meraih gelaran ke-11 yang belum dilakukannya.

Djokovic akan beraksi buat kali pertamanya tanpa ‘Big Four’ selepas Rafael Nadal dan Andy Murray masing-masing mengumumkan persaraan mereka pada tahun ini.

Roger Federer telah mengumumkan persaraannya pada 2022.

Ketika penguasaan mereka semakin pudar, Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz muncul sebagai pencabar baharu Grand Slam, dengan kedua-duanya memilih untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan menjelang kejohanan utama pada musim depan apabila Terbuka Australia bermula pada 12 Januari ini.

Kemampuan Djokovic diragui untuk menewaskan pemain generasi baharu selepas pemain berusia 37 tahun itu mempamerkan prestasi yang mengecewakan pada tahun ini, dia telah mencipta kejutan apabila mengupah Murray sebagai jurulatihnya.

“Saya masih akan cuba untuk berusaha dengan kuat kerana saya rasa badan saya masih berfungsi dengan baik. Saya masih mempunyai motivasi untuk memenangi Grand Slam, mencipta lebih banyak sejarah.

“Itulah salah satu sebab utama mengapa saya meminta Andy untuk bekerjasama dengan saya, kerana saya masih mempunyai rancangan besar, jadi selagi itu berlaku, saya akan teruskan,” kata Djokovic, yang hanya memerlukan satu lagi Grand Slam untuk mengatasi 24 gelaran legenda, Margaret Court. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya