Dakwaan salah laku seksual membabitkan Jay-Z adalah palsu - peguam - Utusan Malaysia

Dakwaan salah laku seksual membabitkan Jay-Z adalah palsu – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dakwaan salah laku seksual terhadap seorang wanita membabitkan Jay-Z dikatakan tuduhan palsu untuk menjatuhkan penyanyi rap itu.

Bercakap kepada CNN, peguam, Alex Spiro memaklumkan anak guamnya tidak pernah melakukan jenayah itu seperti yang didakwa wanita berkenaan.

“Tuduhan itu hanyalah sekadar fantasi pengadu. Kami mahu kes tersebut digugurkan. Jika tidak, tindakan akan diambil,” katanya dalam satu perjumpaan bersama media tempatan di sini.

Mengulas lanjut, Spiro menyifatkan dakwaan itu diada-adakan tanpa bukti yang sahih.

“Tiada satu pun perincian yang dikemukakan pengadu itu benar kerana kejadian itu tidak berlaku.

“Pengadu kemukakan dakwaan yang salah disebabkan ia diada-adakan,” katanya.

Terdahulu, pengadu yang dikenali sebagai Jane Doe, mendakwa dirogol Jay-z dalam majlis yang diadakan selepas penganjuran MTV Music Video Award pada tahun 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya