Cubaan penumpang alih laluan pesawat ke AS gagal

Cubaan penumpang lencongkan laluan pesawat ke AS gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA : Seorang penumpang sebuah pesawat Volaris yang dalam penerbangan dari Mexico ke Tijuana cuba mengalihkan laluan pesawat ke Amerika Syarikat (AS) menggunakan kekerasan.

Menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan tersebut, insiden itu dilaporkan berlaku selepas pesawat berlepas dari El Bajío menuju Tijuana, yang akhirnya memaksa pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara.

“Pasukan kru bertindak mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan, dan pesawat dialihkan ke Guadalajara dan penumpang berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan Volaris yang dipetik dari CNN Travel.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Awam Persekutuan (AFAC) memaklumkan Pengawal Negara turut diberitahu mengenai insiden tersebut, walaupun peranan spesifik mereka tidak dinyatakan.

AFAC turut menyatakan penumpang tersebut ditahan tanpa sebarang insiden susulan di Guadalajara.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai bentuk kekerasan yang digunakan oleh penumpang itu atau lokasi yang menjadi destinasinya di AS belum didedahkan.

Identiti penumpang juga dirahsiakan.

Syarikat Volaris mengesahkan semua penumpang lain dalam penerbangan tersebut selamat dan dapat meneruskan perjalanan ke destinasi akhir mereka tanpa gangguan.

“Kami amat kesal dengan sebarang kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan keselamatan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata kenyataan itu.

Dalam insiden berkenaan, tiada kerosakan dilaporkan pada pesawat dan semua kru dilaporkan selamat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya