China bantah keputusan AS salur bantuan ketenteraan ke Taiwan

China bantah keputusan AS salur bantuan ketenteraan ke Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING : China membangkang keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang meluluskan bantuan pertahanan bernilai AS$571.3 juta (RM2.6 bilion) kepada Taiwan.

Pendirian tegas itu disuarakan oleh Kementerian Luar China menerusi kenyataan yang menjelaskan ia mencabuli kedaulatan serta kepentingan keselamatan China. 

Beijing turut memaklumkan sudah mengemukakan bantahan rasmi kepada Washington.

China yang meningkatkan tekanan politik dan ketenteraan terhadap Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berulang kali menggesa Washington supaya menghentikan penghantaran senjata serta sebarang bentuk bantuan ke pulau tersebut, yang didakwa sebahagian dari wilayahnya.

Jumaat lalu, Rumah Putih melaporkan Biden meluluskan peruntukan tersebut melalui pemindahan aset ketenteraan Jabatan Pertahanan, termasuk peralatan, perkhidmatan serta latihan ketenteraan bagi membantu Taiwan.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pakej bantuan itu tidak didedahkan. 

Ia juga merupakan bantuan kedua dalam tempoh kurang tiga bulan, selepas kelulusan pakej bernilai AS$567 juta (RM2.5 bilion) pada September lalu.

AS, yang tidak mengiktiraf Taiwan secara rasmi sebagai sebuah negara, bagaimanapun menjadi sekutu strategik utama pulau itu serta pembekal senjata terbesar.

Awal minggu ini, Taiwan menerima 38 unit kereta kebal canggih jenis Abrams daripada AS, yang dilaporkan merupakan penambahan pertama dalam tempoh 30 tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya