Budak 3 tahun maut, teman lelaki ibu guna racun tikus bancuh susu

Budak 3 tahun maut, teman lelaki ibu guna racun tikus bancuh susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai didera kekasih ibunya di Kecamatan Mojoagung, Kabupaten Jombang di Jawa Timur, Indonesia.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital kerana kecederaan di badan, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sakinah di Mojokerto, Khamis lalu. 

Bapa dan ayah saudara mangsa bertindak membuat laporan polis selepas mencurigai punca kematian kanak-kanak terbabit.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu dan ibunya yang berusia 28 tahun dalam proses bercerai.

Susulan laporan kematian kanak-kanak itu, polis menahan teman lelaki kepada ibu mangsa berusia 23 tahun dan rakannya berusia 20 tahun.

Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia secara luar biasa dengan lebam dipercayai akibat dipukul oleh objek tumpul serta kesan gigitan ditemukan pada badannya.

Selain itu, kanak-kanak terbabit turut dipaksa memakan racun tikus oleh kedua-dua suspek.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jombang, Margono Suhendra berkata, suspek merancang pembunuhan kanak-kanak itu bersama rakannya, dengan memesan cecair racun tikus dari kedai dalam talian.

“Selepas bungkusan diterima, kedua-dua suspek bermalam di rumah ibu kandung mangsa.

“Racun tikus itu kemudian dicampurkan ke dalam susu, yang diberikan kepada mangsa selama empat hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kekejangan sebelum dibawa ke hospital pada Rabu dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian.

Kedua-dua suspek didakwa melakukan jenayah terancang dan boleh berdepan hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati.– KOMPAS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya