Bin Shen berpisah dengan BAM

Bin Shen berpisah dengan BAM

TAN Bin Shen akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 13 Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 13 Januari depan, menurut kenyataan badan induk itu hari ini.

BAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bin Shen sumbangan khususnya dalam kejayaan bekas Juara Dunia dan pemenang pingat Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

“Ia adalah perjalanan yang bermakna bersama pasukan beregu lelaki. Saya berbangga dengan pencapaian kami dan menantikan cabaran baharu pada masa depan,” kata Bin Shen dalam kenyataan.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh turut menghargai jasa pengorbanan jurulatih berusia 40 tahun itu atas dedikasinya melahirkan bakat beregu lelaki negara.

“Bin Shen telah memberikan sumbangan besar kepada badminton negara, dan komitmennya dalam membimbing bakat dan melahirkan juara amat dihargai. Kami sangat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasinya,” kata Kenny.

Bin Shen menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada tahun 2020 dan memainkan peranan penting dalam pembangunan pasukan tersebut.

Pengumuman mengenai Ketua Jurulatih Beregu Lelaki yang baharu akan dibuat dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya