Bekas Ketua Tentera Syria dihukum penjara 10 tahun di Jerman

Bekas Ketua Tentera Syria dihukum penjara 10 tahun di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Bekas Ketua Tentera Syria dihukum penjara 10 tahun oleh mahkamah Jerman atas kesalahan jenayah perang yang dilakukan ketika era pemerintahan bekas Presiden, Bashar al-Assad.

Tertuduh, yang dikenali sebagai Ahmad H., 47, tiba di Jerman pada 2016 ketika kemuncak gelombang penghijrahan pelarian ke Eropah.

Ahmad H. didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk penyeksaan, sekatan kebebasan dan perhambaan, menurut jurucakap Mahkamah Tinggi Wilayah Hamburg kepada AFP.

Pendakwa raya mendedahkan jenayah tersebut dilakukan antara tahun 2012 hingga 2015, ketika Ahmad H. bertugas sebagai Ketua Tentera tempatan pro-kerajaan ‘shabiha’ di Damsyik, yang ditugaskan untuk melemahkan penentangan rakyat.

Unit itu dilaporkan mengendalikan pos pemeriksaan dengan menahan orang awam secara sewenang-wenangnya.

Mangsa atau ahli keluarga mereka kemudian dipaksa membayar wang tebusan, menjalani kerja paksa, atau diseksa.

Kumpulan berkenaan juga didakwa merompak kediaman penentang rejim, menjual barangan curi tersebut dan mengaut keuntungan dengan Ahmad H. dilaporkan turut terlibat secara langsung dalam penderaan terhadap orang awam.

Tertuduh ditahan di Jerman pada Julai 2023, selepas maklumat daripada seorang saksi kepada Pusat Keadilan & Akauntabiliti Syria yang berpangkalan di Washington membawa kepada penahanannya.

Maklumat tersebut diterima oleh pusat berkenaan pada Mei 2020, apabila saksi mendapati Ahmad H. menetap di Jerman.

Terdahulu, Jerman menggunakan prinsip bidang kuasa sejagat untuk mendakwa jenayah berat tanpa mengira lokasi ia berlaku.

Pada Januari 2022, seorang bekas Kolonel Syria, Anwar Raslan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kes penyeksaan yang disokong oleh rejim Bashar di penjara Syria. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya