Bank Pusat Syria hanya simpan 26 tan emas - Utusan Malaysia

Bank Pusat Syria hanya simpan 26 tan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK : Empat sumber mendedahkan mengenai peti simpanan Bank Pusat Syria hanya mengandungi kira-kira 26 tan emas, jumlah yang sama seperti ketika perang bermula pada 2011.

Namun, sumber menyatakan Syria kini hanya memiliki sejumlah kecil rizab mata wang asing dalam bentuk tunai.

Menurut Majlis Emas Dunia, rizab emas Syria direkodkan sebanyak 25.8 tan pada Jun 2011, dengan nilai pasaran dianggarkan AS$2.2 bilion berdasarkan harga semasa, menurut pengiraan Reuters.

Salah satu sumber berkata, rizab mata wang asing Bank Pusat Syria hanya sekitar AS$200 juta dalam bentuk tunai, manakala sumber lain menyatakan jumlah rizab dolar Amerika Syarikat adalah dalam ‘ratusan juta’.

Reuters melaporkan walaupun rizab Bank Pusat tidak sepenuhnya dalam bentuk tunai, penurunan itu sangat ketara berbanding sebelum perang.

Pada akhir 2011, Bank Pusat Syria mengumumkan rizab mata wang asing sebanyak AS$14 bilion, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada 2010, IMF menganggarkan rizab mata wang asing Syria berjumlah AS$18.5 bilion.

Beberapa pegawai Syria, termasuk bekas pegawai, sebelum ini memberitahu Reuters mengenai rizab dolar AS negara itu hampir kehabisan kerana ia digunakan secara meluas untuk membiayai keperluan makanan, bahan api dan usaha perang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya