Angka korban Taufan Chido di Mozambique cecah 120 orang

Angka korban Taufan Chido di Mozambique cecah 120 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO: Angka korban akibat Taufan Chido di Mozambique meningkat sebanyak 26 orang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut kepada 120 orang.

Badan Pengurusan Risiko Bencana Negara merekodkan jumlah mangsa yang cedera turut melonjak kepada hampir 900 orang, selepas taufan itu melanda pada 15 Disember lalu, sehari selepas ia memusnahkan kepulauan Mayotte di Lautan Hindi.

Taufan tersebut bukan sahaja merosakkan infrastruktur Mayotte, malah mendedahkan ketegangan mendalam antara penduduk tempatan dengan populasi migran yang besar di kawasan itu.

Ribuan pendatang tanpa izin menjadi mangsa utama taufan yang membadai kepulauan tersebut.

Ramai daripada mereka mengelak untuk berlindung di pusat pemindahan kecemasan kerana bimbang akan dihantar pulang, sebaliknya menjadikan kawasan setinggan yang didiami lebih terdedah kepada kemusnahan akibat taufan.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk sah di Mayotte menyuarakan rasa tidak puas hati apabila menuduh kerajaan menyalurkan sumber yang terhad kepada migran sehingga menjejaskan kebajikan mereka.

Mayotte, sebuah wilayah Perancis yang terletak di antara Madagascar dan benua Afrika, mempunyai populasi seramai 320,000 orang, termasuk kira-kira 100,000 pendatang, kebanyakannya berasal dari Kepulauan Comoros yang terletak hanya 70 kilometer dari Mayotte.

Perkhidmatan awam di kepulauan tersebut, yang direka untuk populasi yang jauh lebih kecil, kini terbeban sepenuhnya.

“Masalah di Mayotte tidak boleh diselesaikan tanpa menangani isu imigresen haram,” kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa lawatannya ke pulau itu minggu ini, sambil mengakui cabaran yang ditimbulkan oleh pertumbuhan pesat populasi di kawasan tersebut.

“Walaupun pelaburan kerajaan telah dibuat, tekanan migrasi menyebabkan segala-galanya hancur,” tambahnya.

Walaupun angka korban rasmi di Mayotte adalah 35 orang, namun pihak berkuasa yakin ratusan atau mungkin ribuan lagi dipercayai terkorban.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya