Ahli Parlimen AS sokong teori makmal bocor punca Covid-19

Ahli Parlimen AS sokong teori makmal bocor punca Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ahli Parlimen Amerika Syarikat (AS) menyokong teori virus Covid-19 berkemungkinan bocor dari sebuah makmal di China.

Perkembangan itu sekaligus menutup siasatan selama dua tahun mengenai pandemik yang meragut nyawa 1.1 juta rakyat AS. 

Laporan setebal 520 halaman daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan yang dikawal Parti Republikan mengenai pandemik coronavirus, meneliti tindak balas peringkat Persekutuan dan negeri, asal-usul wabak serta usaha vaksinasi.

“Kerja ini akan membantu AS dan dunia meramalkan pandemik, bersedia dan melindungi diri daripada pandemik seterusnya serta diharap dapat mengelakkan pandemik seterusnya,” kata Pengerusi Panel, Brad Wenstrup dalam surat kepada Kongres.

Agensi Persekutuan AS, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan saintis di seluruh dunia membuat kesimpulan berbeza mengenai kemungkinan besar asal usul Covid-19 dan tiada persetujuan bersama dicapai.

Kebanyakan pihak percaya virus itu tersebar daripada haiwan di China, tetapi analisis perisikan AS tahun lalu mendakwa ia mungkin diubah suai secara genetik dan bocor dari makmal virologi di bandar Wuhan, dengan kes manusia pertama dikesan.

Panel Kongres dipengaruhi dengan teori kebocoran makmal selepas mengadakan 25 pertemuan dan menjalankan lebih 30 temubual bertulis serta menyemak lebih sejuta halaman dokumen.

Siasatan itu termasuk dua hari temu bual secara tertutup dengan Anthony Fauci, saintis kerajaan yang menjadi pakar paling dipercayai negara itu pada awal wabak 2020.

Pertelingkahan Fauci dan bekas Presiden, Donald Trump mengenai tindak balas itu mencetuskan kemarahan di pihak kanan, dan beliau kini hidup dengan perlindungan keselamatan selepas ancaman bunuh terhadap keluarganya.

Republikan menuduh ahli imunologi berusia 83 tahun itu membantu mencetuskan pandemik terburuk dalam satu abad dengan meluluskan pembiayaan yang disalurkan kepada saintis China yang mereka dakwa menghasilkan virus SARS-CoV-2 menyebabkan Covid-19.

Antara kesimpulan utama laporan itu menyatakan Institut Kesihatan Negara (NIH) sudah membiayai penyelidikan ‘keuntungan fungsi’ yang kontroversi, bertujuan meningkatkan virus sebagai langkah mencari cara menanganinya, di Institut Virologi Wuhan.

Fauci dengan marah menafikan perkara itu di hadapan panel pada Jun dan berhujah adalah ‘mustahil secara molekular’ bagi virus kelawar yang dikaji di makmal tersebut untuk diubah menjadi virus yang menyebabkan pandemik.

Namun, laporan panel itu berkata, SARS-CoV-2 kemungkinan timbul akibat kemalangan berkaitan makmal atau penyelidikan.

Siasatan mendapati sekatan pergerakan lebih banyak mudarat daripada kebaikan dan mandat pemakaian pelitup muka tidak berkesan dalam mengawal penyebaran Covid-19.

Ia bercanggah dengan penyelidikan lain yang menunjukkan pemakaian pelitup muka di tempat awam mengurangkan kadar penularan.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya