9,402 mangsa banjir Kelantan pulang ke rumah

9,402 mangsa banjir Kelantan pulang ke rumah

SITUASI banjir yang melanda Kelantan semakin baik selepas 9,402 mangsa sudah mulai pulang ke rumah masing-masing. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 9,402 mangsa banjir di Kelantan dari jumlah keseluruhan yang terjejas 95,784 mulai pulang ke rumah masing-masing susulan cuaca yang semakin baik.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 8 pagi ini, 86,382 mangsa daripada 26,922 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, Pasir Mas kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas setakat ini apabila seramai 29,367 mangsa sedang berlindung di 64 buah PPS.

“Mangsa banjir di Tumpat bagaimanapun meningkat daripada 16,717 kepada 19,987 orang di 45 buah PPS.

“Kota Bharu mencatatkan penurunan jumlah mangsa iaitu 7,514 orang, Pasir Puteh (10,716 orang), Kuala Krai (5,183 orang), Machang (4,911 orang), Bachok(6,129 orang), Tanah Merah (2,494 orang) dan Jeli (81 orang),” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, lima sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan waspada manakala Sungai Semerak, Pasir Puteh berada pada paras amaran.

Hanya Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat yang menunjukkan paras bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya