61 tahun mengajar, gaji guru tadika hanya bawah RM200

61 tahun mengajar, gaji guru tadika hanya bawah RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURYA: Seorang guru di Surabaya, Jawa Timur, Chamimah tetap semangat mengajar meskipun menerima gaji yang tidak seberapa.

Katanya yang mula mengajar sejak 1963, dia hanya menerima gaji sekitar RM111 hingga RM139.

“Sebenarnya, saya boleh dapat sejuta rupiah (RM279) .

“Namun, kerana banyak yang tertunggak, jadi kadang-kadang hanya terima gaji 400,000 hingga 500,000 rupiah (RM111-RM139),” katanya lapor Tribunnews.

Chamimah tetap bersyukur kerana turut menerima wang pencen sebanyak dua juta rupiah (RM558) pada setiap bulan, walaupun tidak mencukupi bagi menampung keperluan seharian.

Walaupun begitu, wanita ini tidak pernah merungut kerana minatnya terhadap profesion keguruan sangat mendalam.

“Saya memang suka bertemu dengan kanak-kanak. Saya ingin mengajar mereka contohnya seperti menyanyi,” katanya.

Chamimah pernah mengajar di tadika Masa Putra Bhakti sejak 1963 dan menjadi guru tadika selama 57 tahun.

Kisah Chamimah mula tular sejak 2020, selepas berjaya menamatkan pengajian dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Muhammadiyah Surabaya, ketika berusia 78 tahun.

“Saya tak pernah ponteng kelas, hanya tak hadir kalau sakit. Saya bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian selama empat tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN