GAZA: Tentera Israel mengebom lokasi yang dilabelkan sebagai ‘zon selamat’ termasuk sekolah dan hospital di al-Mawasi, selatan Gaza.
Pengeboman itu menyebabkan khemah terbakar dan mengorbankan tujuh rakyat Palestin.
Angka korban itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 50 orang, sepanjang Ahad.
Ketua Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengecam peningkatan serangan Israel dalam tempoh 24 jam lalu, dan menyatakan serangan terhadap sekolah serta hospital kini sudah menjadi ‘perkara biasa’.-ALJAZEERA