50 maut akibat serangan udara Israel di seluruh Gaza

50 maut akibat serangan udara Israel di seluruh Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pakar Perubatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Gaza. 

Serangan berlaku ketika kereta kebal Israel menuju ke bahagian utara di kawasan Khan Younis, selatan Gaza. 

Serangan Rabu lalu di kem pelarian al-Mawasi berhampiran Khan Younis menyebabkan 20 orang terkorban.

Seramai 10 orang terbunuh akibat serangan udara Israel yang mengenai tiga kediaman di bandar gaza, dengan ramai mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan.

Sementara itu, di tengah Gaza, seramai 11 orang terkorban termasuk enam kanak-kanak akibat tiga kali serangan Udara dilancarkan oleh rejim Zionis.  

Baki sembilan lagi mangsa dilaporkan terbunuh di Rafah, berdekatan sempadan Mesir.

Sementara itu, Pengarah  Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, utara Gaza, Hussam Abu Safiya berkata, tentera Israel turut menyerang premis itu selama lima hari berturut-turut.

Serangan menyebabkan tiga petugas perubatan mengalami kecederaan dan seorang kritikal.  

“Dron menggugurkan bom yang dipenuhi serpihan mencederakan sesiapa sahaja yang bergerak. Keadaan ini amat mendesak,” katanya. 

Beliau berkata, lebih 100 pesakit di dalam hospital yang dikepung berisiko ati dan tentera Israel menghalang akses ke Hospital al-Awda berdekatan. 

Pertahanan Awam Palestin berkata, serangan juga menyebabkan beberapa khemah yang menempatkan keluarga pelarian terbakar.

Wartawan al Jazeera, Hani Mahmoud yang melaporkan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, berkata, angka kematian dijangka meningkat.

Malah, katanya, pesakit di hospital dijangka kehilangan nyawa kerana tidak menerima rawatan perubatan, bekalan perubatan dan kakitangan perubatan yang tidak mencukupi.

“Ini bukan kali pertama kita melihat perkara ini berlaku. Penduduk yang berpindah di zon pemindahan al-Mawasi semakin kecewa.

“Tentera Israel arahkan mereka berpindah sejak minggu-minggu awal peperangan bagi mengelak dari dibom, namun, mereka sebenarnya menjadi mangsa serangan yang tidak dapat diramalkan ini,” katanya. -ALJAZEERA 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya