46 terbunuh dalam serangan udara tentera Pakistan di Afghanistan

46 terbunuh dalam serangan udara tentera Pakistan di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL : Seramai 46 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara oleh tentera Pakistan di wilayah Paktika, Afghanistan, Selasa lalu.

Timbalan Jurucakap Taliban, Hamdullah Fitrat berkata, serangan di empat lokasi itu turut menyebabkan enam orang cedera.

Kerajaan dan pihak tentera Pakistan belum memberikan sebarang maklum balas berhubung kejadian tersebut.

Pejabat Luar Negeri Afghanistan telah memanggil Ketua Misi Pakistan di Kabul untuk menyerahkan nota bantahan rasmi, sambil memberi amaran mengenai akibat tindakan tersebut.

“Afghanistan menganggap tindakan kejam ini sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap semua prinsip antarabangsa dan satu bentuk pencerobohan yang nyata,” katanya.

Menurut seorang pegawai Pakistan yang enggan namanya didedahkan, serangan udara itu disasarkan di kem kumpulan militan Taliban Pakistan (TTP) yang didakwa beroperasi di Afghanistan.

Serangan besar oleh TTP di wilayah Waziristan Selatan, Pakistan, pada Sabtu lalu, mengorbankan 16 anggota keselamatan, dipercayai menjadi punca serangan udara terhadap kem TTP di Paktika.

Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, mangsa serangan udara tersebut kebanyakannya adalah pelarian dari Waziristan yang terletak di Pakistan.

Hubungan antara kedua-dua negara sememangnya tegang, dengan Pakistan mendakwa banyak serangan TTP di wilayahnya dirancang dari Afghanistan, tuduhan yang dinafikan oleh Taliban.

Pada Mac lalu, hubungan itu semakin meruncing apabila Taliban menuduh Pakistan melancarkan dua serangan udara di wilayah Afghanistan yang menyebabkan lima wanita dan kanak-kanak terkorban.

Pakistan pada masa itu menyatakan pihaknya menjalankan operasi antikeganasan berasaskan risikan di Afghanistan, tetapi tidak memperincikan operasi tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya