BEIRUT: Pertempuran antara tentera yang disokong Turkiye dan Kurdis di utara Syria telah menyebabkan 218 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari, lapor pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights pada Selasa.
Pemantau yang berpangkalan di Britain itu berkata, bahawa sekurang-kurangnya “218 anggota tentera pro-Kurdis dan puak pro-Ankara terbunuh selama tiga hari pertempuran di dalam dan sekitar Manbij” di mana puak yang disokong Turki melancarkan serangan. – AFP