20 kucing besar, harimau mati dijangkiti selesema burung di AS

20 kucing besar, harimau mati dijangkiti selesema burung di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK : Sebanyak 20 kucing besar, termasuk seekor harimau separa Bengal dan empat kugar dilaporkan mati akibat jangkitan virus selesema burung di sebuah pusat perlindungan haiwan di Washington, Amerika Syarikat (AS), antara akhir November hingga pertengahan Disember.

Pengasas dan Pengarah Wild Felid Advocacy Centre di Shelton, Mark Mathews berkata, kejadian itu belum pernah berlaku sebelum ini.

“Kami tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Kebiasaannya, kucing-kucing ini mati kerana faktor usia. Tetapi virus ini sangat ganas,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Xinhua.

Menurutnya, tiga kucing telah pulih daripada virus tersebut, manakala seekor lagi masih berada dalam keadaan kritikal.

Dalam satu kenyataan, pusat perlindungan tersebut memaklumkan fasiliti itu kini berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak dan semua habitat kucing akan disanitasi sepenuhnya.

The New York Times melaporkan virus tersebut mula menular dalam kalangan populasi kugar di pusat itu pada November, sehingga menyebabkan beberapa ekor kucing menunjukkan gejala pneumonia dan dalam beberapa hari sahaja spesies kucing lain turut menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Di California, virus selesema burung jenis H5N1 semakin merebak, dengan 659 daripada 984 ladang tenusu di negeri itu terkesan sejak Ogos.

Dalam tempoh sebulan terakhir, satu perempat daripada kes tersebut dilaporkan, menurut pihak berkuasa California.

Situasi ini menyebabkan Gabenor, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat minggu lalu, bagi melindungi pekerja sektor pertanian dan kesihatan awam.

“Langkah ini diambil untuk memastikan agensi kerajaan mempunyai sumber dan fleksibiliti yang diperlukan untuk bertindak balas dengan cepat,” katanya.

Pakar mendesak langkah pencegahan yang lebih ketat untuk menangani penyebarannya, susulan virus itu turut menular dalam operasi unggas dan haiwan peliharaan, termasuk dua kucing domestik di Los Angeles.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya