17 maut serangan hendap di Tartus - Utusan Malaysia

17 maut serangan hendap di Tartus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seramai 17 orang terbunuh dalam pertempuran di wilayah Tartus selepas pasukan keselamatan berusaha menahan seorang pegawai di bawah pimpinan rejim Bashar al-Assad.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, mangsa melibatkan 14 anggota pasukan keselamatan am pihak berkuasa baharu Syria serta tiga lelaki bersenjata di Khirbet al-Maaza.

Pasukan itu berusaha memberkas seorang pegawai yang bertanggungjawab atas jenayah kemanusiaan di penjara Saydnaya.

Individu yang dikehendaki itu dikenali sebagai Mohammed Kanjo Hassan yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Kehakiman Tentera dan Ketua Mahkamah Lapangan.

Pegawai itu pernah menjatuhkan hukuman mati dan penghakiman sewenang-wenangnya terhadap beribu-ribu banduan.

Pertempuran di wilayah yang merupakan kubu kuat minoriti Alawit Assad tercetus selepas sebilangan penduduk enggan membenarkan rumah mereka digeledah.

Abang kepada pegawai itu dan lelaki bersenjata lain bertindak memintas pasukan keselamatan dan membuat serangan hendap berhampiran kawasan kampung dan menyasarkan sebuah kenderaan peronda.

Menteri Dalam Negeri Syria, Mohammed Abdel Rahman berkata, serangan hendap khianat itu dilakukan oleh saki-baki rejim Bashar semasa pihak berkuasa sedang menjalankan tugas menjaga keselamatan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya