GAZA: Serangan udara Israel di tengah Gaza mengorbankan 16 rakyat Palestin yang sedang nyenyak tidur di kem pelarian.
Mangsa melibatkan lima sekeluarga termasuk kanak-kanak terbunuh menerusi serangan di kem pelarian Deir el-Balah, pada awal pagi Ahad.
“Kami terjaga apabila terdengar bunyi letupan kuat pada tengah malam.
“Kami berlari ke arah bunyi jeritan yang kuat dan mendapati ramai orang awam terbunuh dan sebuah keluarga termasuk anak-anak mereka,” kata saksi mata, Mahmoud Fayad.
Wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud memaklumkan puluhan yang lain cedera dalam serangan itu.
“Ramai mangsa di sekitar tapak khemah mengalami pelbagai kecederaan,” kata Hani.
Pada hari sama, seramai 11 orang terbunuh akibat serangan udara Israel terhadap sebuah rumah di kem al-Bureij.-ALJAZEERA