GAZA: Tentera Israel masih terus menggempur Gaza sehingga menyebabkan 16 rakyat Palestin terbunuh di bahagian utara negara itu.
Mangsa melibatkan kanak-kanak dan seorang doktor di Hospital Arab al-Ahli.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut memaklumkan Israel sekali lagi menghalang permintaan organisasi itu untuk menyalurkan bantuan kepada pelarian yang kelaparan di Beit Hanoon, Beit Lahiya dan Jabalia.
Lokasi itu telah terkepung dan dikenakan sekatan oleh Israel selama lebih 70 hari.
Peperangan Israel di Gaza telah mengorbankan 45,097 rakyat Palestin dan mencederakan 107,244 orang sejak 7 Oktober 2023. -ALJAZEERA