13 maut bot penumpang terbalik dirempuh bot Tentera Laut India

13 maut bot penumpang terbalik dirempuh bot Tentera Laut India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut apabila sebuah bot tentera laut India melanggar sebuah bot penumpang yang kemudiannya terbalik di perairan berhampiran ibu kota kewangan India, Mumbai.

Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis memaklumkan terdapat lebih 100 orang berjaya diselamatkan dalam insiden yang berlaku pada Rabu.

Tentera Laut India mengesahkan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

“Sebuat bot tentera laut India hilang kawalan semasa menjalani ujian enjin di Pelabuhan Mumbai akibat kerosakan enjin.

“Akibatnya, bot tersebut bertembung dengan sebuah bot penumpang yang kemudiannya terbalik,” menurut kenyataan Tentera Laut di platform media sosial X.

Mangsa yang maut termasuk seorang anggota tentera laut dan dua wakil pengeluar peralatan yang mengambil bahagian dalam ujian tersebut, menurut kenyataan Tentera Laut.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya lima orang melanggar bot penumpang tersebut sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

“Bot laju tersebut melanggar bot kami, dan air mula memasuki bot sebelum ia terbalik. Pemandu bot meminta kami memakai jaket keselamatan,” kata seorang penumpang kepada saluran berita ABP Majha.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menzahirkan rasa dukacita atas insiden itu.

“Tragedi bot yang berlaku di Mumbai amat menyedihkan. Takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam hantaran di X pada Rabu.

Modi turut mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM10,821) kepada waris setiap mangsa yang terkorban menerusi Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri, manakala mangsa yang cedera akan menerima 50,000 rupee (RM2,705).

Menurut Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai, bot penumpang milik persendirian yang dikenali sebagai Neelkamal itu sedang dalam perjalanan ke Gua Elephanta, sebuah destinasi pelancongan popular di pesisir pantai Mumbai, sebelum ia terbalik.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya