BANGKOK: Polis menahan seramai 124 lelaki yang hanya memakai seluar dalam di sebuah bilik hotel ketika mereka mengadakan parti dadah, awal pagi semalam.
Serbuan dilakukan pada pukul 1.30 pagi di bilik bernombor 2001 di tingkat 20, Hotel S31 di Watthana, lapor The Bangkok Post.
Anggota polis menahan lelaki Thailand termasuk lelaki warga asing yang dipercayai bernafsu songsang.
Kesemua mereka ditahan dalam keadaan hanya mengenakan seluar dalam bersama beberapa wanita dan dadah ekstasi dan ketamin ditemukan.
Ketika operasi itu, pihak polis mendapati beberapa lelaki sedang menikmati makanan, minum dan mendengar muzik di dalam bilik bersaiz besar itu.
Polis merampas dadah dan membawa kesemua lelaki itu menjalani ujian air kencing dan saringan dadah.
Hasil keputusan ujian menunjukkan seramai 31 orang termasuk seorang wanita memiliki dadah dan 66 yang lain termasuk seorang wanita lain mengambil dadah.
Pihak polis turut memaklumkan parti liar sama diadakan di bilik hotel itu pada Jumaat malam hingga pagi Sabtu.
“Setiap peserta perlu memohon kemasukan melalui kumpulan media sosial persendirian.
“Pihak polis yang menyamar juga berusaha berbuat demikian, namun permohonan ditolak oleh kumpulan itu,” kata polis.
Sumber berkata, antara pengunjung parti itu termasuk seorang doktor dan pengusaha klinik kecantikan.