Zii Jia mara selepas rehat sebulan

Zii Jia mara selepas rehat sebulan

LEE Zii Jia meneruskan rentak terbaik apabila mencatat kemenangan kedua pada perlawanan peringkat Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua Masters Jepun 2024 selepas hampir sebulan berehat daripada kejohanan, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia terpaksa mengerah seluruh tenaganya untuk menumpaskan rakan senegara, Justin Hoh dalam permainan rubber set 21-16, 12-21, 21-17 dalam tempoh sejam dua minit.

Pemain No. 7 dunia itu seterusnya akan membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah, Koo Takahashi atau wakil Taiwan, Su Li Yang pada aksi pusingan kedua, esok.

Ketika ini, kedudukan Zii Jia untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou masih belum selamat selepas berada di tangga keenam.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bangkit untuk mengikut jejak langkah Zii Jia di pusingan kedua Masters Jepun 2024.

Jun Hao yang terpaksa bermandi peluh menumpaskan pemain India, Lakshya Sen 20-22, 21-17, 21-16 dalam tempoh sejam 14 minit.

Pemain No. 31 dunia itu seterusnya akan membuat perhitungan dengan pemain Indonesia, Chico Dwi Wardoyo atau Koki Watanabe untuk penentuan suku akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya