Zii Jia, Jun Hao mara ke suku akhir Masters Jepun 2024

Zii Jia, Jun Hao mara ke suku akhir Masters Jepun 2024

LEE Zii Jia menewaskan pemain Taiwan, Su Li Yang 19-21, 21-8, 21-16 pada perlawanan pusingan kedua Masters Jepun 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila bangkit untuk mara ke aksi suku akhir Masters Jepun 2024, hari ini.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia kelihatan bergelut, namun berjaya untuk menewaskan pemain Taiwan, Su Li Yang 19-21, 21-8, 21-16 dalam masa sejam tiga minit.

Zii Jia seterusnya akan mengaturkan pertembungan dengan Rasmus Gemke dari Denmark atau Jonatan Christie dari Indonesia pada aksi suku akhir, esok.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meneruskan rentak kemenangannya apabila menyingkirkan wakil tuan rumah, sebentar tadi.

Jun Hao berhasil bangkit daripada kekalahan di set kedua untuk menewaskan Koki Watanabe 21-10, 16-21, 21-13 dalam tempoh sejam sembilan minit.

Pemain berusia 25 tahun itu seterusnya akan menghadapi cabaran berliku apabila bertemu wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan, Kodai Naraoka pada penentuan separuh akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya