Tze Liang cedera, kepala terhantuk papan anjal

Tze Liang cedera, kepala terhantuk papan anjal

OOI Tze Liang ketika diusung keluar pasukan perubatan selepas kepalanya terhantuk pada papan anjal pada kejohanan Terbuka Malaysia 2024 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerjun berpengalaman negara, Ooi Tze Liang terpaksa melupakan kejohanan terjun Terbuka Malaysia 2024 selepas mengalami kecederaan pada acara 3 meter (m) papan anjal lelaki, hari ini.

Penerjun berusia 30 tahun itu gagal menyempurnakan terjunan kedua beliau sewaktu mendahului dengan 69.75 mata dan kepala Tze Liang terkena papan anjal sekali gus menyebabkan pendarahan pada kepalanya.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low berkata, keadaan sebenar Tze Liang masih belum diketahui dan beliau sedang dirawat di sebuah hospital swasta Petaling Jaya.

“Dia (Tze Liang) masih baharu dengan teknik terjunan itu dan memang susah sedikit untuk melakukannya. Kita akan cuba bantu bersama pegawai Institut Sukan Negara (ISN) selepas ini.

“Ini merupakan satu kemalangan yang tidak dapat diduga dan kita masih belum tahu keadaan beliau sebenar,” kata Andy kepada pemberita sejurus tamat acara terbabit di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Terdahulu, Tze Liang yang mendahului di carta kedudukan selepas tamat terjunan pertama, 3m papan anjal akhir, mengalami kecederaan kepala selepas melakukan balik kuang apabila kepalanya terhantuk pada papan sehingga menyaksikan penyelamat segera memasuki kolam untuk mengeluarkannya.

Acara itu dimemangi Fraser Tavener dari New Zealand, pingat perak menjadi atlet Malaysia, Muhammad Syafiq Puteh manakala gangsa milik atlet New Zealand, Liam Stone. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya