Turkiye luah kebimbangan krisis kemanusiaan di Sudan

Turkiye luah kebimbangan krisis kemanusiaan di Sudan

SEORANG kanak-kanak tidur di atas timbunan barang yang dibawa ketika berpindah ke Sudan Selatan, susulan perang yang tercetus di Sudan pada April 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA : Turkiye meluahkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Sudan, khususnya berkaitan keganasan terhadap orang awam di wilayah Al Jazirah.

Kementerian Luar Türkiye menerusi kenyataan menekankan keperluan mendesak untuk mencapai gencatan senjata tanpa berlengah bagi memulihkan keamanan dan kestabilan.

“Kami amat bimbang mengenai situasi kemanusiaan di Sudan dan serangan terhadap orang awam di wilayah Al Jazirah yang melanggar undang-undang kemanusiaan,” kata kementerian itu.

Turkiye turut menyeru tindakan segera bagi ‘memastikan kepulangan penduduk yang terpaksa berpindah ke kediaman asal mereka dan penghantaran bantuan kemanusiaan yang tidak terganggu.’

Kenyataan tersebut mengulangi komitmen Turkiye terhadap ‘kedaulatan, kemerdekaan, integriti wilayah dan perpaduan Sudan.’

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Ankara berjanji untuk terus memberi sokongan kemanusiaan bagi ‘meringankan penderitaan rakyat Sudan.’

Krisis di Sudan, yang bermula pada April 2023, akibat pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) yang dipimpin oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Kumpulan separa tentera, Rapid Support Forces oleh Mohamed Hamdan Dagalo.

Konflik ini telah menyebabkan ribuan orang terbunuh dan jutaan lagi terpaksa melarikan diri ke negara jiran di samping mengalami kekurangan makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan sekaligus bakal mengheret negara Afrika tersebut ke krisis kemanusiaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya