Trump sapu bersih undian di 7 negeri swing state

Trump sapu bersih undian di 7 negeri swing state

CALON Presiden Republikan, Donald Trump ketika berucap pada perhimpunan kempen di Milwaukee, Wisconsin- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump mencipta rekod apabila menyapu bersih undian di kesemua tujuh negeri swing state (negeri penentu), selepas unjuran kemenangan di Arizona dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Negeri itu adalah medan pertempuran terakhir yang mengisytiharkan keputusannya, sekaligus memberikan Trump 312 undi dalam Kolej Pilihan Raya berbanding pencabarnya, Kamala Harris yang terpaksa berpuas hati dengan 226 undian.

Donald Trump akan kembali ke Rumah Putih pada Januari 2025 dengan setiap dasar dan pelantikan utamanya bakal melalui jalan mudah di Kongres, memandangkan Senat dan Dewan Rakyat majoritinya dikawal Republikan.

Trump pertama kali dipilih sebagai presiden pada 2016, mengalahkan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton.

Pada Pilihan Raya Presiden AS 2020, beliau dikalahkan oleh calon Demokrat, Joe Biden, yang ketika itu adalah Naib Presiden semasa pentadbiran Presiden, Barack Obama.

Kemenangan ini bakal menjadikan Trump satu-satunya Presiden AS yang berkhidmat secara tidak berturut-turut, selepas Grover Cleveland, yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya