Trump lantik selebriti TV teraju jawatan kesihatan utama

Trump lantik selebriti TV teraju jawatan kesihatan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON : Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pemilihan personaliti televisyen dan Pakar Bedah, Dr. Mehmet Oz untuk memegang jawatan sebagai pentadbir Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid (CMS).

CMS adalah sebuah agensi besar dengan perbelanjaan tahunan sebanyak AS$2.6 trilion.

Trump, yang sebelum ini menyokong Oz dalam percubaannya yang tidak berjaya untuk bertanding di Senat Pennsylvania pada 2022, berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Robert F. Kennedy Jr., yang dicalonkan untuk mengetuai Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

Jelas Trump, kedua-dua mereka akan bekerjasama untuk melawan ‘kompleks industri penyakit’ dan semua penyakit kronik yang ditinggalkan, serta memotong segala pembaziran dan penipuan.

Oz pula menerusi hantaran dalam laman media sosial X berkata, beliau teruja untuk berkhidmat kepada negara demi menjadikan ‘Amerika Sihat Semula’ di bawah kepemimpinan Kennedy.

Dr. Mehmet Oz, yang mendapat perhatian nasional melalui penampilannya sebagai pakar kesihatan di rancangan televisyen Oprah Winfrey yang mula ditayangkan pada 2009 dan bertahan selama lebih 12 tahun.

Namun, beberapa dakwaan yang dibuat oleh Oz di dalam rancangan tersebut, terutamanya berkaitan dengan program penurunan berat badan dan suplemen diet, sering kali dikritik oleh pakar kesihatan awam.

Trump, yang merupakan peminat penampilan Oz di televisyen, sebelum ini melantik beliau ke Majlis Presiden mengenai Sukan, Kecergasan, dan Pemakanan, namun Joe Biden telah menarik semula pelantikan tersebut pada tahun 2022.

Pada 2020, Oz turut menekan Pegawai Persekutuan untuk membenarkan penggunaan ubat antimalaria hidroksiklorokuin sebagai rawatan Covid-19.

Trump secara terbuka memuji ubat tersebut walaupun terdapat amaran berterusan daripada pegawai kesihatan kerana ia tidak terbukti sebagai rawatan yang berkesan untuk virus tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya