Texas tawar tanah bantu rancangan Trump usir pendatang haram

Texas tawar tanah bantu rancangan Trump usir pendatang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MCALLEN: Texas menawarkan sebidang tanah ladang luar bandar di sepanjang sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico untuk digunakan sebagai kawasan pementasan bagi kemungkinan pengusiran besar-besaran oleh Presiden terpilih, Donald Trump.

Tanah, yang asalnya dibeli Texas bulan lalu, terletak di luar bandar Starr di Lembah Rio Grande.

Pesuruhjaya Tanah Texas daripada Parti Republikan, Dawn Buckingham menghantar surat pada 14 November lalu kepada Trump untuk melanjutkan tawaran itu.

“Kami mendengar melalui saluran tidak rasmi mengenai pihaknya sedang meneliti dan mempertimbangkannya.

“Kami hanya mahu mereka mengetahui kami adalah rakan yang baik. Kami sedia membantu,” kata Buckingham dalam satu temubual dengan Associated Press (AP) pada Rabu.

Tanah itu tidak mempunyai jalan berturap dan terletak di sebuah daerah yang hanya mempunyai satu hospital awam dan sumber tempatan yang terhad.

Namun, Buckingham menekankan kelebihan lokasi tanah berkenaan.

“Kami merasakan tanah ini sangat strategik. Kawasan tersebut rata, berdekatan dengan lapangan terbang utama dan juga berhampiran jambatan yang merentasi sungai.

“Jika ia dapat membantu, saya sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Jika tidak, kami akan terus mencari cara lain untuk memberi sokongan,” katanya.

Tawaran tanah itu mencerminkan jurang perbezaan ketara antara negeri dan kerajaan tempatan, sama ada menyokong atau menentang rancangan Trump untuk mengusir pendatang haram di AS.

Selasa lalu, Majlis Bandaraya Los Angeles mengundi untuk menjadi wilayah ‘perlindungan’, mengehadkan kerjasama dengan pihak berkuasa imigresen Persekutuan dalam melaksanakan penghantaran pulang.

Pemimpin Texas sekian lama menyokong langkah agresif di sempadan untuk mengurangkan kemasukan, termasuk memasang penghadang kawat berduri dan meluluskan undang-undang yang membenarkan pihak penguatkuasa menangkap pendatang menyeberangi sempadan secara haram, tahun lalu.– AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya